TOP 100 FOREX SITES

Jumaat, Oktober 15, 2010

Mimpi Aneh

Hari ini aku bermimpi sangat aneh, dulu aku bermimpi juga aneh, semuanya serba aneh.. Apakah sebab aku bermimpi aneh.. aku mungkin sebab memang dalam kebanyakan orang aku ini hanyalah manusia yang aneh.. Apa tidaknya, pernah ketika aku menghitung kata di face book, dengan mengisi borang hati dan perasaan, yang hasilnya menyatakan, kalau sebenarnya aku benar-benar tiada hati dan perasaan.. aduhai kesepian, berjumpakah aku dengan pakar kejiwaan? Aneh, dalam sedar dan mimpi masih juga aneh..

Masa terlelap mata ini, dengan keringat dan peluh membasahi pipi.. hingga mengalir ke dahi, terasa panas sekali, walaupun sukar melelapkan tetapi mimpi yang menjadi santapan terus menayangkan begitu aneh sekali..Adui, napa asyik cakap aneh jak niee, dari tadi tak cetapun lagi pasal mimpi aneh tadi, aneh juga aku niee kan? ehemmmm... Takpelah kalau macam tuee, oleh kerana memang dah aneh mimpi tuee kan, buat apa nak ceta lagi, kan dah aneh.. semua orang tau kalau aneh nieee, mestilah sesuatu yang ganjil tak rasional dan tak logik.. Na, tadi aku mimpi terbang!!!! Macam pesawat naik angkasa, adui kalau yang betulnya, rasa macam tak memakai pakaian.. adui anehnya, dalam mimpi tuee aku bertelanjang sambil terbang... nahhhh... ehemmm... susah nak ceta kalau macam niee kan... tak pe lah... lain kali lah aku habiskan... dahhh

Ahad, Oktober 10, 2010

Ketikaku Bermimpi

Semalam aku bermimpi, antara benar dan tidak, antara palsu dan benar.. semuanya nampak jelas, cuma dalam benak mimpi teratur kisah dan perjalanannya.. tetapi dalam logika sedar, semuanya tidak pasti lagi, sedikit-sedikit dipengaruhi oleh logika pemikiran di atas sedar, bukan lagi logika pemikiran di bawah sedar. Jadi indahnya mimpi itu, masih terasa hingga sengsara yang bertimpa kita juga terasa tidak mahu dilepaskan, kerana penuh dengan kebahagiaan yang abadi. Adui, terasa tidak ingin sedar-sedar ketika aku tahu, kalau saat itu hanyalah igauan mimpi yang tidak dapat dipegang dan dipeluk. Umpama pelangi yang indah dengan warna warninya tetapi tidak dapat didakap dan dipeluk.

Saat itu, aku bersama-sama dengan si dia. Berpegangan tangan memadu kasih dan janji. tapi entah kenapa dan bagaimana, ada beberapa orang yang rasanya tidak puas hati, tidak pulak tahu sebabnya, tetapi terus memburu, mencari dan ingin sekali memusnahkan cinta kasih kami. Dengan tidak semena-mena, aku membimbing tangannya, melingkari pagar, berjalan dan berlari. Rasa tidak penat, rasa sangat sampai ke satu tempat, yang sangat tinggi.. dari atas bukit itu nampak rumah-rumah, yang bertaburan dan berselerak. Di atas bukit ada kelihatan sebuah rumah yang cukup besar, kami sempat bermalam dan tidur di rumah orang tersebut, antara kenal dengan tidak pemiliknya.. Dari petang itu kami bermalam disitu, dan aku memamng pasti dia tidak cukup untuk menghadapi semua itu.. dia terasa sedih, sesekali air matanya mengalir di pipi. Setiap kali itu juga aku menyapu air matanya, memeluk dan menciumnya.. Adui, dugaan apakah yang menghalang kisah dan perlajanan cinta kami....Dari petang itu, sampai ke malamnya, hingga ke subuhnya, dia terus sahaja sedih.. Aku hanya sekadar mampu menennagkannya, tapi tak berkata-kata...

Subuhpun, menjelma, rasa diburu oleh orang-orang tadi memuncak.. Rasanya mereka sudah terlalu hampir dengan rumah itu...Tanpa izin, aku terus mencapai tangannya, menariknya keluar dari rumah itu, melalui tingkap dan jendela.. Tali yang dibuat dari kain yang bersambung, kami turun dengannya, adui, terpaksa pulak berlari ke atas bukit semula di belakang rumah itu.. hinggalah sampai ke atas jalan yang dibuat oleh jentolak.. sedikit lapang jalannya, bukan seperti masa-masa kami naik tadi, semuanya sangat sukar dan curam... Dia terasa sangat penat, maklumlah, masa subuh tadi hingga sudah nampak pinar-pinar matahari keluar dari celah-celah dedaun atas bukit itu, kami belum menjamah walaupun seteguk air.. Malah, dari kemarin pun tak ada lagi.. Kami berhenti seketika di situ, ingin berehat waklaupun 1 menit.. Wajahnya, nampak kusam, tapi tetap indah seperti bayangan bidadari.. Bibirnya bagai limau manis yang melingkar... Matanya redup penuh ketakutan dan kehampaan.. Sesekali menghembuskan nafas panjang, dan sesekali merenung ke arahku, menitiskan setiti air matanya yang bersinar bagai mutiara.. Barangkali, itulah air mata sedih, air mata kasih, dan air mata perjuangan dan kesanggupan untuk bersamaku... (BERSAMBUNG)

Khamis, Oktober 07, 2010

Antara Cinta, Harapan dan Takdir

Bercakap mengenai cinta, semua orang rasanya dapat mentafsirkan makna kata keramat itu dengan mudah. Hatta anak kecil sekalipun, yang dahulunya tidak faham langsung akan makna 'cinta' itu sudah dengan mudah menyatakan maknanya, sekurang-kurangnya menyebutkan kalimat 'aku cinta padamu'. Apa tidaknya, dalam pelbagai medium penyampaian termasuk cerita picisan tv dan drama, mahupun lagu-lagu, terus sahaja memuja kalimat itu tanpa mengerti istilah yang sebenarnya. Cinta sangat luas takrifnya, termasuklah mencintai si dia, mencintai Allah dan RasulNya, mencintai ibu bapa, dan tidak ketinggalan juga mencintai diri sendiri. Namun, tidaklah bermakna saya mahu menjelaskan satu persatu erti cinta itu, tetapi lebih terarah kepada cinta yang khusus mencintai orang lain. Dalam bahasa mudahnya, mencintai wanita bagi laki-laki atau mencintai laki-laki bagi wanita. Dan haraf maaf, bukan mencintai sejenis.

Rasanya apabila kita mencintai seseorang dengan sepenuh hati kita, kita akan berusaha sedaya mungkin untuk memberikan kebahagiaan kepadanya. Maka, dalam bahasa yang dipetik apapun yang berlaku, kita akan berusaha sedaya upaya untuk dapat kejinjang pelamin bersama si dia. Jadi, sebagai manusia yang normal, tanpa prasangka saya juga termasuk dalam kategori yang sama. Cuma dalam bercinta, kita mungkin akan dihambat oleh pelbagai faktor dan badai yang boleh mengharu birukan pehubungan apatah lagi, apabila cinta yang cuba kita garap dan semai masih lagi tidak berani dikemukakan untuk pengetahuan umum, kerana pelbagai sebab yang kita terpaksa hadapi. Konflik dan arus antara kemahuan diri kita dengan pandangan orang lain yang suka sangat melihat 'kain orang lain carik' berbanding dengan melihat dan membetulkan kesilapan diri, lebih banyak ditonjolkan. Maklumlah, dah menjadi budaya dalam masyarakat kita, sepertinya kita mahu pulak orang lain sama selera dengan kita. Sebab itu lahir lagi pepatah, 'kuman seberang laut nampak, gajah depan mata tak nampak' kerana sifat kita yang seperti inilah.

Sedar dan tidak sedar, oleh kerana kita sudah tidak menghormati rakan kita, maka kita akan terus sahaja memberikan pandangan bahawa bercinta dengan di dia tak boleh, kerana mengikut pendapat kita. Antara sinaran perspektif pandangan yang buta terhadap orang lain ini mampu membunuh sifat dan kejujuran rakan kita sendiri untuk berterus terang dengan kita. Jadilah ia pesimis dan terpaksa berjuang sendiri untuk mendapatkan cintanya tanpa pernah meluahkan isi hatinya lagi kepada kita. Bagaimanapun, hatta arus yang datang ditentang oleh satu dunia sekalipun, percintaan seseorang itu, pasti akan berhasil juga sekiranya telah benar ada dalam takdir dan suratan kasihnya, kita suka ataupun tidak. Jadi, istilah kita memyusahkan diri kita untuk menghalangpun, kalau sudah ada disuratan oleh Yang Maha Kuasa, tetap tidak dapat dielak.

Bagi saya, saya tidak ada satu kudratpun untuk mencapai impian ini. Kerana jiwaku, nyawaku, hidupku, pejam celik mataku, turun naiknya nafasku hanyalah pinjaman dari Allah SWT. Dengan pinjaman itulah aku hidup, kerana orang yang hidup itu adalah mati yang sementara, sementara orang yang mati itu adalah orang yang benar-benar hidup. Jadi dalam cinta ini, aku hanya mampu berdoa itupun, kemampuan berdoa atas izinNya. 'Manusia punya asa, tuhan punya kuasa'tidaklah dapat kita sangkal selalu. Meskipun aku punya cinta, aku punya senjata iaitu doa dan selebihnya, bergantunglah kepada keputusan Allah SWT yang telah tertuliskan atas diriku. Persoalannya, mengapakah kebanyakan dari kita selalu dan sentiasa sibuk memperkatakan itu dan ini untuk orang lain, sedangkan kita telah sedia maklumi tentang rukun iman. Kita sudah sedia maklum tentang ketentuan dan ketetapan, tetapi kita masih tidak sedar akan perbuatan kita menyebabkan ketidakselesaan. Malah bukankah juga benar, berkata yang benar itu sebenarnya adalah 'mengata'sifatnya, dan berkata yang tidak benar berkaitan orang lain itu adalah 'fitnah' sifatnya, dan kedua-duanyapun sama juga berdosa.Minta maaflah kalau saya salah. Pelik tapi benar kebanyakan orang sekarang niee, banyak yang bertopengkan manusia tetapi sebenarnya hipokrit. Baik di luar dan semasa di depan kita tetapi hakikatnya racun yang berbisa. Tapi tak apalah, semua itu juga adalah takdir.

Jadi, layar bahtera tetap diteruskan, apapun yang berlaku dikemudiannya. Semua manusia berhak untuk dicintai dan mencintai, semua manusia berhak punya harapan dan impian. Antara cinta, harapan dan takdir tetap tidak dapat dipisahkan. Kalau tidak dapat bersama apakan daya, kita hanya manusia biasa.

Jumaat, April 02, 2010

Penghujung Musim

Kalau cerita sebelum ini mengisahkan tentang kisah cinta di penghujung musim telah dipadamkan yang ceritanya adalah berkisar selama lebih 1 tahun.. kini cerita ini akan kembali dinukilkan. Walaupun hakikatnya pengunjung blog ini pernah menyuarakan pendapat untuk menerbitkan kisah cinta di penghujung musim yang penuh tragik itu, tapi masih lagi dalam pemikiran saya untuk dipertimbangkan.Ini adalah atas pertimbangan bahawa kisah nukilan di dalam blog ini berdasarkan kisah yang sangat nyata, dalam erti kata yang lain kisah benar. Ending kisah cinta di penghujung musim sudah sedia diketahui oleh pembaca sebelum ini, namun haraf maaf untuk pengunjung baru ke blog ini, kerana kisah yang berlaku itu telah dipadamkan atas pertimbangan peribadi.
Powered By Blogger